Rambut Gugur selepas Bersalin

Saturday, January 25, 2014

Tahniah bagi anda yang telah selamat melahirkan cahaya mata yang baru. Tentu anda berasa sihat dan selamat lebih-lebih lagi setelah mengamalkan suplemen set berpantang Shaklee ;)

Fenomena yang berlaku selepas bersalin ialah keguguran rambut yang dialami hampir oleh semua wanita. Perkara ini boleh menyebabkan hilang keyakinan diri seseorang wanita itu.

Ketika kehamilan, hormon estrogen berada dalam fasa rehat. Selepas bersalin, penurunan hormon estrogen menyebabkan rambut gugur dengan banyak berbanding keadaan biasa. Hal ini akan kembali kepada normal setelah 4 hingga 6 bulan. Ada juga yang mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih.

Antara tip yang boleh diamalkan untuk mengurangkan keguguran rambut selepas bersalin ialah:
1. Elakkan mengikat rambut dengan ketat kerana ini boleh menyebabkan tarikan yang kuat/stres/trauma kepada kulit kepala.

2. Amalan pemakanan yang seimbang dapat memastikan kulit dan rambut mendapat nutrien yang secukupnya.

3. Pengambilan Vitamin B kompleks, vitamin E, vitamin C, zinc dan biotin membantu menjadikan rambut lebih sihat.

4. Penggunaan syampu yang mengandungi silika dapat merangsang pertumbuhan rambut. Rambut yang telah dicuci dengan syampu harus dibilas dengan air sejuk.

5. Penggunaan sikat yang mempunyai gigi yang jarang dapat mengurangkan rambut gugur.

6. Elak atau kurangkan penggunaan pengering rambut.

7. Rambut yang pendek dapat mengurangkan tarikan ke atas kulit kepala secara tidak langsung mengurangkan rambut gugur.


Cadangan suplemen Shaklee



Untuk pertanyaan boleh hubungi:
 

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram