Ptosis bukan kerana Menyusu

Sunday, January 26, 2014

Payudara merupakan antara aset penting bagi seseorang wanita. Demi kecantikan, ada wanita sanggup melepaskan naluri keibuan untuk menyusukan anak. Namun, menyusukan anak sebenarnya tidak menjejaskan payudara; tetapi terdapat aktiviti lain yang boleh menjejaskan bentuk payudara.

Dua perkara yang mempengaruhi bentuk payudara ialah usia dan daya graviti. Payudara lebih pantas berubah bentuk disebabkan faktor usia. Payudara juga menunjukkan kesan perubahan disebabkan tiada struktur sokongan semulajadi untuk mengekalkan bentuknya.

Ptosis atau payudara melandut adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan. Payudara dianggap simbol kewanitaan, dan wanita sering mengalami tekanan psikologi yang teruk sekiranya berlaku perubahan pada payudaranya. Mereka akan berasa rendah diri dan merasakan dirinya tidak menarik dan buruk.

Payudara terbentuk daripada kelenjar mamari dan lemak. Oleh sebab itulah, payudara tiada struktur sokongan semula jadi. Beratus-ratus urat tisu yang menghubungkan payudara dengan kulit memberikan tegangan pada payudara. Namun, ketegangan payudara bergantung kepada gen yang mengawal kandungan lemak, kelenjar mamari dan tisu penghubung yang ada.

Amnya, lebih banyak lemak yang ada lebih tegang payudara. Saiz payudara juga memainkan peranan dalam menentukan anjalnya payudara itu. Payudara yang lebih besar memberikan lebih regangan pada kulit dan ligamen sokongan. Oleh sebab itulah, ia lebih mudah berubah bentuk berbanding payudara yang bersaiz kecil.

Untuk mengekalkan keanjalan payudara, beberapa perkara perlu diambil perhatian serius:
1. Kestabilan berat badan- payudara lebih cepat melandut sekiranya berlaku penurunan berat badan secara drastik.

2. Jangan merokok- payudara juga mengalami perubahan terutamanya pada kulit sekiranya seseorang wanita itu merokok.

3. Bersenam - Senaman baik untuk memperbaiki aliran darah. Jika senaman yang betul boleh menegangkan payudara. Namun, bagi sesetengah aktiviti seperti berlari boleh menghilangkan ketegangan payudara. Adalah disarankan untuk menggunakan baju dalam sukan untuk menjalankan sebarang aktiviti sukan.

4. Hormon- Hormon estrogen mempengaruhi bentuk payudara. Kitaran haid akan meningkatkan paras estrogen setiap bulan. Hormon ini membesarkan payudara dan merangsang perkembangan kelenjar mamari ke puting. Namun, apabila menopaus, paras estrogen menurun dan kelenjar mamari mengecut dan payudara lebih ringan.


Suplemen yang dicadangkan untuk menegangkan kulit dan payudara:
Shaklee Collagen Powder (SCP)

Kebaikan Shaklee Collagen Powder

*anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma
*melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit
*mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat
*menegang - menegangkan payudara dan pinggul
*menyubur - menyuburkan rambut,kulit, kuku
*meningkatkan pergerakan - badan lebih bertenaga dan aktif
* mengembalikan keanjalan - kulit lebih muda bermaya

Untuk pertanyaan, hubungi


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram