Panduan memilih Stroller

Friday, January 24, 2014

Bagi bakal ibu dan ayah di luar sana pasti teruja menyambut kelahiran bayi mereka. Sudah tentu tersedia satu senarai panjang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan bagi menyambut orang baru. Dari set kehamilan kepada set kelengkapan bayi. Menyentuh tentang kelengkapan bayi, antara yang pasti berada dalam senarai ialah stroller atau kereta sorong bayi.

Dalam memilih stroller, aspek keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan.
Antara 7 perkara yang perlu diambilkira dalam aspek keselamatan stroller ialah
1. Brek yang praktikal- pastikan stroller yang dibeli mempunyai sistem brek yang mudah dikendalikan. Rekaan sistem brek yang mengunci dua buah tayar di belakang lebih selamat dan praktikal.

2. Mempunyai ruang yang selesa dan luas - ruang duduk yang luas dan selesa amat diperlukan oleh bayi kerana ruang yang sempit menyebabkan bayi berasa tidak selesa.

3. Tidak keseorangan - sentiasa berada dekat dan jangan sesekali meninggalkan bayi anda keseorangan di dalam stroller.

4. Guna tali pinggang keselamatan - sentiasa kancingkan bayi anda dengan tali pinggang keselamatan. Tali pinggang yang selamat adalah berbentuk 'T' kerana jenis ini melilit pada kelangkang dan pinggang.

5. Simpan barang di tempat yang disediakan- jangan sesekali menyangkut beg atau apa sahaja barangan pada pemegang kerana dikhuatiri menyebabkan stroller terbalik ke belakang.

6. Elakkan menggunakan selimut atau  bantal semasa bayi di dalam stroller.

7. Berhati-hati semasa melipat stroller- pastikan anggota badan bayi seperti jari tidak terkena stroller semasa melipat kerana dikhuatiri tersepit.

p/s: Saya lebih sukakan babywearing kerana lebih praktikal. Namun, hanya sesuai untuk aktiviti ringan dan tidak mengambil masa yang panjang.  

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram