Menyusu semasa Hamil

Friday, January 24, 2014

Dua tahun adalah tempoh yang disarankan untuk ibu yang menyusukan anak mereka. Namun, masih ada juga ibu yang menyusukan anak mereka selepas tempoh itu termasuk juga diriku..huhu..Najihah kini dah 3 tahun dan Hanisah 9 bulan.

Fenomena menyusukan anak yang melepasi dua tahun semakin banyak. Mungkin disebabkan bilangan anak yang sedikit dan juga kesedaran para ibu bapa untuk menyusukan sendiri anak mereka. Tambahan pula, dengan kecanggihan alat mengepam dan aksesori penyusuan yang kini semakin mudah didapati. Paling istimewa, kerana adanya makanan tambahan yang sangat efektif untuk ibu menyusu (Shaklee pilihanku!!).

Menurut seorang pakar sakit puan, pada umur dua tahun, susu ibu bukan lagi menjadi sumber makanan utama kepada diet anak berkenaan. Ini kerana mereka sudah dapat menikmati pelbagai jenis makanan seiring dengan perkembangan usus mereka yang semakin matang. Bagi membekalkan tenaga yang mencukupi untuk tumbesaran mereka, makanan seperti nasi, roti, kentang, ikan, daging, sayuran dan buah-buahan sangat digalakkan untuk diambil kerana menepati ciri diet yang lengkap untuk kanak-kanak. Jelas sekali bahawa susu ibu tidak lagi menjadi sumber utama pemakanan mereka.

Penyusuan ibu masih lagi boleh diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada ibu dan anak. Contohnya, perasaan kasih sayang antara ibu dan anak lebih kuat disebabkan kehadiran hormon oksitoksin yang dirembeskan oleh ibu yang menyusukan. Manakala faedah bagi si anak pula ialah ketenangan dan keselamatan yang dirasa apabila menyusu.

Namun begitu, penyusuan anak bagi ibu yang sedang hamil sangat tidak digalakkan kerana boleh membantutkan tumbesaran kandungan. Jika si ibu ingin meneruskan jua penyusuan, dia perlu memastikan kesihatan dirinya pada tahap yang baik di samping mengamalkan pemakanan yang berzat. Mereka juga disarankan untuk mengambil air kosong yang banyak dan mengambil vitamin tambahan. Aspek ini penting untuk mengelakkan berlaku kemudaratan kepada ibu.



Bagi makanan tambahan untuk ibu menyusu dan ibu hamil, Shaklee menyediakan rangkaian set menyusu dan set hamil dari trimester pertama hingga ketiga yang juga boleh digunakan selepas bersalin.



  

Untuk pertanyaan boleh hubungi
 

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram