Mabuk teruk ketika Hamil

Saturday, January 25, 2014

Pernahkah anda mengalami loya, mual dan muntah-muntah sebaik sahaja mendapat tahu diri hamil?
Perkara ini sering disebut sebagai alahan hamil atau 'morning sickness' juga disebut sebagai mabuk.
Keadaan ini berlaku di awal trimester pertama dan akan hilang sebaik sahaja memasuki trimester kedua. Namun, ada juga sesetengah wanita hamil yang mabuk sehingga kelahiran.

Pengalaman kehamilan berbeza-beza dari satu kehamilan ke kehamilan yang seterusnya. Walaupun sebelum ini tidak pernah mengalami mabuk sewaktu hamil tidak semestinya ketika kehamilan akan datang tidak mabuk. Hal ini kerana setiap kehamilan adalah unik.

Setiap wanita yang hamil akan mengalami loya atau muntah di awal kehamilan disebabkan hormon yang tinggi. Ada yang muntah-muntah teruk hingga terpaksa dimasukkan air secara intravena. Ubat tahan mutah juga digunakan untuk mengurangkan muntah.

Pengambilan makanan yang kurang berminyak atau pedas boleh mengurangkan rasa loya. Pada awal kehamilan, wanita hamil digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap bagi mengelakkan gastritis.


Sekiranya muntah-muntah ini berterusan, wanita hamil perlu menjalani pemeriksaan lanjutan untuk memastikan tidak mengalami jangkitan kencing kotor, masalah tiroid, mengandung kembar, mengandung anggur (molar pregnancy) serta gastritis.

Suplemen Shaklee yang dicadangkan untuk mengurangkan loya-loya dan muntah-muntah:
B Complex- mengandungi asid folik dan membantu mengurangkan stres
Ostematrix - memberikan keperluan kalsium untuk pembentukan janin yang sihat
Performance Drink- mengelakkan dehidrasi akibat muntah yang banyak
Peppermint Ginger Plus- melegakan senak perut
ESP - memberikan bekalan tenaga sepanjang hari

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram