KHASIAT YOGURT UNTUK KULIT YANG CANTIK DAN SIHAT

Sunday, January 12, 2014

kulit yang cantik dan halus adalah satu nikmat yang wajib disyukuri. Bagi yang ingin cantik dengan cara paling bajet ialah dengan menggunakan YOGURT.
7 khasiat yogurt untuk merawat kecantikan:
1. Menjadikan kulit lebih halus.
     Penggunaan yogurt 2 kali seminggu membantu mengatasi kulit kusam dan kasar. Hanya sapu yogurt pada wajah dan biarkan 10 hingga 15 minit. Hasilnya pasti mengujakan.
2. Mengatasi kulit terbakar (sunburn)
     Berpanas di bawah terik matahari mengakibatkan kulit berbelang. Lama-kelamaan akan mengelupas. Campurkan yogurt dan minyak chamomile dan sapukan pada bahagian bermasalah. Kulit akan pulih seperti sedia kala.
3. Mengecutkan jerawat
    Keyakinan hilang bila wajah ditumbuhi jerawat! Jangan sentuh kerana akan memudaratkan lagi wajah. Sebaliknya, cuci muka dengan bersih dan sapu yogurt secara nipis pada bahagian bermasalah dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air dan anda pasti gembira jerawat akan mengecut.
4. Kulit cerah sekata
    Kalau bimbang penggunaan kosmetik akan memburukkan kulit, cuba cara ini. Campurkan yogurt dengan pati lemon. Sapukan pada wajah dan bahagian leher. Amalkan 3 kali seminggu, pasti anda berpuas hati dengan hasilnya.
5. Rahsia awet muda
     Ketahui bahawa anda juga boleh kekalkan rahsia awet muda tanpa ke salun kecantikan. Hanya campurkan yogurt dan minyak zaitun jadikan sebagai masker. Amalkan 3 kali seminggu garis halus akan hilang dan kulit menjadi lebih anjal.
6. Membuang sel kulit mati
     Jadikan yogurt sebagai skrub untuk membuang sel-sel kulit mati. Parutan timun dan campurkan dengan yogurt. Sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan 15 - 20 minit dan bilas dengan air. Kulit akan menjadi lembap dan segar.
7. Rambut sihat bersinar
     Selain pada wajah, yogurt juga boleh digunakan untuk rawatan rambut. Jika anda mengalami rambut kasar dan bercabang, lumurkan yogurt pada rambut dan balut menggunakan tuala. Biarkan sehingga 15 minit kemudian bilaskan.
P/s: Selain ramuan di atas, yogurt juga boleh dicampurkan dengan ESP untuk dijadikan sebagai masker. Kulit anda pasti berseri.
*gunakan yogurt asli sahaja!
*jika anda berasa rengsa menunjukkan bahawa anda mungkin alergi kepada produk tenusu.

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi
    
    
    

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram