Jaundis Mengundang Masalah Serius

Friday, January 24, 2014

Jaundis cukup sinonim kepada bayi yang baru lahir. Oleh sebab itu, kebanyakan ibu bapa tidak berasa terlalu risau terutamanya jika tahap Jaundis yang ringan. Namun, jika dibiarkan tanpa rawatan mampu mengundang kecacatan kekal kepada bayi.

Jaundis berasal daripada bahasa Perancis 'jaun' atau kuning manakala 'jaunisse'  bermaksud gejala kekuningan.

Jaundis terhasil apabila bilirubin iaitu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah menjadi  berlebihan dan mula mendap di dalam tisu kulit. Keadaan inilah yang mencetuskan perubahan warna kulit menjadi kekuningan.

Jaundis pada bayi disebabkan beberapa faktor. Faktor pertama ialah kelahiran bayi itu sendiri. Kajian menunjukkan 80% bayi pramatang akan mengalami Jaundis manakala bagi bayi matang kebarangkalian mengalami Jaundis ialah 60%.

Faktor kedua ialah sel darah bayi. Bayi yang baru lahir mempunyai sel darah merah yang lebih tinggi berbanding orang dewasa dengan jangka hayat yang lebih singkat. Maka, bilirubin lebih mudah terurai disebabkan struktur hemoglobin yang mudah hancur, bilangan sel darah merah yang banyak dan jangka hayat yang singkat. Sepatutnya bilirubin diproses di hati menjadi bilirubin konjugat yang larut air untuk dikumuhkan ke dalam najis. Bilirubin terurai dengan banyak dan tidak dapat diproses kesemuanya oleh hati bayi yang belum matang.

Bilirubin yang tidak mampu diproses oleh hati akan mendap di tisu dan berlaku perubahan warna kuning pada kulit dan mata.

Faktor ketiga ialah kecederaan bayi semasa kelahiran menggunakan forceps atau vakum. Penggunaan alat ini menyebabkan lebam pada kepala dan darah beku yang terhasil pada kulit itu boleh meningkatkan penghasilan bilirubin.

Seterusnya ialah jangkitan kuman pada bayi. Jaundis juga boleh merencatkan aktiviti perkumuhan hati bayi seterusnya menghasilkan peningkatan bilirubin dalam darah.

Faktor lain ialah masalah ketidakserasian darah anak dan ibu, masalah kekurangan enzim G6PD, masalah hipotiroidisme serta masalah hati dan hempedu.

Rawatan paling berkesan seperti syor para doktor ialah pemberian susu ibu secara kerap 10 kali sehari. Bayi yang Jaundis cenderung untuk tidur lama. Ibu-ibu perlu menyusukan bayi mereka dengan kerap dan mengejutkan mereka tidur untuk menyusu.

Sekiranya tahap bilirubin mula mencecah bacaan yang tinggi, bayi perlu diletakkan di bawah lampu biru atau fototerapi. Cahaya lampu ini membantu memecahkan bilirubin berlebihan.

Namun, jika bacaan bilirubin terlampau tinggi, kaedah pertukaran darah disyorkan. Selain itu, rawatan intravenous immunoglobulin turut dijadikan alternatif bagi rawatan Jaundis.

Jaundis mendatangkan kesan terhadap kesihatan bayi. Bilirubin yang tidak larut air terlampau tinggi boleh meresap ke dalam sistem otak. Bilirubin menjadi toksik kepada otak dan mendatangkan risiko kepada urat saraf di bahagian otak bayi. Kerencatan kekal pada otak boleh mendedahkan kepada risiko sawan, palsi serebrum, terencat akal dan pekak.

P/S: elakkan memakan jamu dan halia seminggu selepas bersalin bagi mengelakkan Jaundis. Komponen dalam jamu dan halia dikhuatiri boleh merencat aktiviti hati bayi yang belum matang. Malah pemakanan jamu juga semasa dalam pantang boleh mengembalikan kuning bayi yang telah hilang.

P/S/S: Set Bersalin Asas Shaklee terdiri daripada VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C DAN ZINC.
Jika Ingin cuba set bersalin SHAKLEE boleh hubungi

Asma el Kareem
SID 964127
0197399253 /0142069522
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram