CIPTA KEJAYAAN
Sunday, January 12, 2014
Assalamualaikum dan salam 2014.
Januari sudah menginjak masuk minggu ke 3 di tahun baru.
Sedar tak sedar masa semakin pantas berlalu.
Bagi mereka yang padat dengan aktiviti seharian rasa seperti kesuntukan masa berbanding mereka yang lapang waktu berasakan terlalu lambat waktu beredar.
Sedar tak sedar masa semakin pantas berlalu.
Bagi mereka yang padat dengan aktiviti seharian rasa seperti kesuntukan masa berbanding mereka yang lapang waktu berasakan terlalu lambat waktu beredar.
Ada sesetengah di antara kita masih
bergembira menyambut tahun baru Masihi. Masih terdapat kekeliruan dalam
menyambut tahun baru ini kerana dipercayai berkaitan dengan anutan agama
lain.
Kalendar Masihi yang diguna sekarang juga disebut sebagai kalendar Gregorian sebenarnya mempunyai kaitan dengan agama Kristian.
Sambutan tahun baru menandakan sambutan ulang tahun al-Masih. Istilah AD yang digunakan dalam kalendar ini merujuk kepada ringkasan "Anni Domini Nostri Jesu Christi " atau " dalam tahun Tuhan Kami Jesus Christ"

Penganut
agama lain terutamanya Islam dan Yahudi telah menukar istilah AD kepada
CE iaitu Christian Era manakala BC " Before Christ" diganti dengan BCE
"Before Christian Era". Manakala di kalangan umat Islam khusus di
Malaysia, istilah ini diganti dengan SM iaitu Sebelum Masihi dan TM atau
Tahun Masihi.
Sungguhpun sambutan tahun baru
sinonim dengan anutan agama Kristian, namun tidak bagi penganut agama
lain kerana telah diterima pakai sebagai tarikh universal.
Tahun
Masihi dikira menurut peredaran matahari (As-Syams) manakala Tahun
Hijrah dikira berdasarkan peredaran bulan (Al-Qamari). Kedua-dua kiraan
ini sangat penting untuk aktiviti harian manusia.
Perkiraan
tahun Masihi penting untuk menentukan musim yang berulang dalam satu
tahun manakala Tahun Qamari digunakan untuk menentukan masa ibadat.
Kalau
dianalisis, Tahun Masihi mempunyai 365 atau 366 hari( terdapat 29 hari
pada bulan Februari yang berlaku 4 tahun sekali) manakala Tahun Hijrah
mempunyai 354 hari. Oleh sebab itu,umat Islam seluruh dunia meraikan
hari kebesaran agama ini berbeza dengan Tahun Masihi. Pusingan kitar ini
lengkap setiap 33 tahun.
Apapun perbezaan ini membuktikan kekuasaan Allah Taala.
Dalam
Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud " Dialah yang menjadikan matahari
bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah
(tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui
bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang
demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda
(kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui."
Apabila
masuk ke tahun yang baru bahkan hari baru, wajar kita membuat
perhitungan diri atau muhasabah diri. Sejauh mana diri kita berada.
Apakah yang telah kita capai dan yang belum capai??
Jika banyak perkara yang tidak baik, mendukacitakan, kegagalan jangan kita terlalu bersedih sebaliknya membuat refleksi diri mencari di mana kesalahan itu, mengapa boleh berlaku dan menjadikan iktibar dan panduan kepada diri untuk memperbaiki keadaan, tidak mengulangi kesilapan yang sama. Yang penting bertaubat seikhlasnya dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.
Manakala, jika kemanisan yang dikecapi sewaktu tahun berlalu jadikan sebagai kayu pengukur untuk menilai sejauh mana kebaikan yang telah kita lakukan dan sehabis baik untuk meningkatkan lagi kebaikan yang dilakukan itu.

Sejarah ialah masa lalu dan menjadi pemangkin dan panduan untuk kita berjaya akan datang.
Ungkapan daripada Saidina Umat a.s yang bermaksud"Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini".
Ungkapan daripada Saidina Umat a.s yang bermaksud"Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini".
Ungkapan tersebut membuatkan kita berfikir dan merancang tindakan-tindakan yang perlu kita ambil setiap masa.
Hakikat bahawa setiap tempoh yang baru memerlukan kita memiliki iltizam semangat yang tinggi. Hanya yang tabah dan cekal dapat menghadapi cabaran dengan baik.
Mulakan pekerjaan anda dengan niat "lillahi taala" agar dipermudahkan dan mencapai kejayaan.
Jom keluar dari kepompong keselesaan dan sertai Shaklee dan CIPTA KEJAYAAN bersama-sama!

Penuh kasih sayang,
Asma el Kareem
Asma el Kareem
0 comments
Apa Kata Anda