Air tangan Ibu lebih Berkat

Monday, January 06, 2014

Air tangan Ibu lebih Berkat
 
Bercerita pasal makan, masakan ibu adalah terbaik. Untungnya waktu kecilku dapat menikmati hidangan masakan ibu. Kasihan anak-anakku cuma sehari sekali dapat merasai air tanganku ini.
Tetap syukur alhamdulillah, masih diberi kelapangan untuk itu.

Memasak sendiri untuk anak-anak bahkan untuk keluarga sendiri adalah lebih baik berbanding memasak makanan segera atau makan di luar.

Masakan sendiri dapat menjamin kebersihan dan khasiat sesuatu jenis makanan yang disediakan. Terutamanya bagi bayi yang sedang membesar, adalah lebih elok si ibu menyediakan makanan anaknya sendiri walau sesibuk manapun. Itu menunjukkan sebahagian daripada cara mengasihi amanah Allah yang dikurniakan.

Ibu-ibu berpeluang untuk memilih bahan-bahan segar untuk memasak dan menentukan khasiat yang diperlukan oleh ahli keluarga sekiranya memasak sendiri. Tahap kreativiti dan inovasi para ibu juga meningkat dalam menghasilkan masakan yang bukan sahaja sedap tetapi menarik untuk dinikmati sekeluarga.

Selain itu, penjimatan kos dapat dilakukan. Sebagai contoh dalam penyediaan makanan bayi, harga makanan bayi yang telah siap diproses dijual pada harga yang tinggi untuk sekali makan. Jika bayi kita seorang yang pemakan, bukankah kos telah dapat dijimatkan dengan memasak sendiri. Malah bayi tersebut boleh makan sehingga berkali-kali.

Oleh yang demikian, sesibuk manapun seorang ibu itu,berusahalah untuk menyediakan makanan sendiri demi menjana keluarga yang sihat dan stabil. Berkat air tangan ibu, in sha allah anak-anak akan menjadi lebih penyayang, bijak dan cergas dengan doa yang mengiringi ketika si ibu menyediakan makanan itu.


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram