Set Sendi dan Tulang Shaklee bantu cegah Osteoporosis

Wednesday, December 18, 2013

Set Sendi dan Tulang Shaklee bantu cegah Osteoporosis


Osteoporosis atau orang kampung sebut masalah tulang reput, bukan khusus untuk wanita sahaja tetapi lelaki pun berisiko untuk mengalaminya cuma peratusannya yang lebih kecil.


Terdapat banyak sebab mengapa wanita lebih ramai mengalami osteoporosis. Antaranya ialah wanita dilahirkan dengan ketumpatan tulang yang lebih rendah dan kadar kemerosotan jisim tulang berlaku lebih cepat kepada wanita berbanding lelaki.

Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam menjaga kekuatan dan kesihatan tulang baik wanita mahupun lelaki. Kekurangan hormon ini menyumbang kepada kehilangan jisim tulang pada kadar satu hingga tiga peratus.

Dalam kebanyakan kes, tulang reput disebabkan kekurangan kalsium dan fosforus. Kekuatan tulang bergantung kepada ketumpatan tulang yang berkait rapat dengan tahap kandungan kalsium, fosforus dan garam mineral yang lain.


Seiring dengan peningkatan usia, tulang menjadi semakin nipis. Sel-sel tulang sedia ada diserap semula oleh tubuh lebih pantas berbanding penghasilan tulang baru. Terdapat 2 jenis sel tulang iaitu sel osteoblas-sel membentuk tulang dan sel osteoklas-sel yang memakan tulang.

Apabila berlaku osteoporosis, sel osteoklas didapati memakan tulang melebihi sel osteoblas sel yang membentuk tulang. Ketidakseimbangan ini menyebabkan struktur tulang menjadi rapuh seterusnya meningkatkan risiko patah tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul, pelvik dan lengan apabila berlaku impak seperti terjatuh, kemalangan dan sebagainya.


Faktor risiko osteoporosis dibahagi kepada risiko tetap dan risiko boleh ubah:
Risiko tetap:
* Umur
*Bangsa- orang Eropah dan Asia lebih mudah mendapat osteoporosis berbanding orang Afrika
*Jantina-perempuan lebih mudah mendapat osteoporosis
*Menopaus awal- kurang daripada usia 45 tahun
*Sejarah keluarga

Risiko boleh ubah
*Pemakanan yang kurang mengandungi kalsium
*Kurang melakukan aktiviti fizikal
*Merokok
*Pengambilan alkohol yang berlebihan
*Pengambilan kafein yang berlebihan

Pada peringkat awal, pesakit tidak akan mengalami sebarang tanda atau gejala osteoporosis. Namun, lama-kelamaan apabila kerapuhan menyebabkan tulang semakin lemah, pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti sakit tulang belakang, pesakit kelihatan pendek dan bongkok dan juga keretakan pada tulang walaupun kecederaan kecil.
Amalan-amalan pencegahan yang boleh dilakukan antaranya:
#mengelakkan pengambilan alkohol dan kafein
#mengamalkan senaman yang membina tulang yang kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang
#jangan merokok
dan
#mengamalkan pemakanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D yang mencukupi daripada makanan ataupun suplemen.



Set penjagaan Tulang dan Sendi Shaklee membantu mengurangkan risiko osteoporosis.



Collagen Shaklee membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kesakitan dan geseran sendi.

Asma El Kareem
SID 964127
0197399253/0142069522
nash_gal@yahoo.com

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram