Percutian singkat bersama keluarga

Saturday, December 14, 2013

Percutian Singkat Bersama Keluarga

Hadir musim cuti sekolah je, pasti anak-anaklah yang paling gembira..!! Ada beberapa hari sahaja lagi untuk dimanfaatkan musim cuti sekolah ini.

So entri kali ni santai-santai jer..nak berkongsi pasal cuti..cadangan nak abiskan waktu cuti sebab hubby pun cuti seminggu je...so kami bergerak ke singapore..menjenguk mak n pak sedara kat sana..last berkunjung je sana ketika darjah 4..rindu sangat kenangan waktu kecilku..n tak singgah pun USS kat sana..coz hujan..cian kat baby..takpe next time bley lagi..

Aktiviti cuti yang seterusnya ialah mandi-manda..disebabkan musim hujan kami hanya ke taman tema je..best jugak..pergi tempat dekat-dekat je. Disebabkan aktiviti ini merupakan 'last minute decision', asal jadi je la..Konon-konon nak mandi di Melaka Wonderland, Ayer Keroh..Nasib la..dah la datang hujung minggu, cuti sekolah pulak..memanggg la..belumpun sampai pintu masuk...kereta dan berderet-deret...manusia dah macam semut menghurung gula..ramainya!! Jadi, batal la niat nak mandi-manda kat situ..alternatif lain kami ke A Famosa Waterworld dengan harapan yang tinggi takde la ramai sangat orang nak dibanding dengan di Wonderland tu..

Rezeki anak-anak nak gi mandi..bilangan manusia yang ada kat situ takde la menggerunkan macam di Wonderland tu. Anak-anak punya pasal..gi la beratur si suami untuk membeli tiket. Dah nama cuti sekolah..ramai jugak orang yang gi mandi kat sini..kira ok la nak dibanding mandi laut kalo musim-musim tengkujuh gini.

Teman idok le mandi dengan mereka..sebab si baby tido..bila dah ramai mandi sekolam..???????......hehehehe...kurela mandi di bathtub aje..

Sekian je coretan hari ni..jom kita berESP..

You Might Also Like

1 comments

Apa Kata Anda

Instagram