Ekzema

Monday, December 09, 2013

Ekzema

Apa itu ekzema?
Ekzema ialah keadaan kulit yang gatal dan kering. Sering terjadi kepada kanak-kanak dan permulaan berlakunya ekzema sebelum kanak-kanak mencapai usia 2 tahun.

Apa yang menyebabkan ekzema?
Ekzema boleh dipecahkan kepada:
i. ekzema atopik@ dermatitis -->> cenderung untuk mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi.
ii. ekzema sentuhan-->> berlaku akibat dorongan bahan kimia atau reaksi kepada bahan spesifik seperti bahan dalam mandian buih, syampu, serbuk pencuci dan pelembut fabrik serta nikel dan barang kemas.

Kesan ekzema: Kulit kering, gatal, merah, merekah, berair dan berdarah.
Bahagian yang kerap dilanda ekzema: Tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut .

Ekzema cenderung mencetuskan infeksi. Akibat terlalu gatal dan tidak dapat mengelak daripada tidak menggaru sehingga menyebabkan gangguan tidur dan hilang keyakinan di kalangan anak-anak yang mengalami ekzema.

Bagaimana merawat ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada tahap serius keadaan yang dialami.
Bagi ekzema yang ringan, memadai hanya menggunakan losyen emolien, krim atau salap. Dalam kes tertentu ditambah dengan penggunaan krim steroid.

Keadaan kulit yang kering menambahkan ekzema menjadi lebih teruk. Maka, kelembapan kulit perlu ditingkatkan dengan kekerapan sapuan emolien.

Adakah penggunaan steroid berbahaya kepada kanak-kanak?
Para doktor gemar mengesyorkan agar kanak-kanak yang mengalami ekzema aktopik untuk menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa.
Penggunaan steroid adalah selamat jika digunakan dengan betul. Namun, kesannya akan membuatkan kulit menipis.
Maka, penting untuk mengetahui keterukan ekzema dan penggunaan krim steroid dengan betul serta dengan pengawasan doktor.
Penggunaan krim steroid ini adalah minima pada bahagian kulit yang terjejas sahaja dan tidak melebihi dua kali sehari.

Apakah rawatan lain untuk merawat ekzema?
Pil antihistamin dipreskripsikan sekiranya ekzema kanak-kanak tersebut tersangat gatal hingga mengganggu tidurnya. Pil ini akan menyebabkan mengantuk dan selalunya diberi pada waktu malam. Adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum memberi anak anda antihistamin.


Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit. 


sumber: Babycenter

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram