6 Cara Betul Memberi Bayi Anda Makan

Sunday, December 15, 2013

6 Cara Betul Memberi Bayi Anda Makan

Entri hari ni nak dikongsikan bersama cara yang betul untuk memberi bayi kita makan.

#1# Anak Berada dalam keadaan Selesa
Seeloknya anak dipangku ketika memberi makan. Bahagian kepala mestilah ditinggikan sedikit untuk keselesaan bayi ketika makan. Gunakan bib untuk kebersihan pakaian bayi. Jika bayi rasa selesa dan sudah boleh duduk, letakkannya di kerusi makan bayi apabila tiba waktu makan mereka.

#2# Makanan yang Sesuai
Berilah makanan yang lembut dan tidak terlalu berperisa sebagai permulaan memberi makanan pejal pertama. Bayi lebih mudah menerima bubur nasi pada peringkat awal kerana tekstur dan rasanya.

#3# Tidak telalu Panas
Sebaik-baiknya makanan yang hendak diberi kepada bayi tidaklah terlalu panas mahupun terlalu sejuk. Cukup sekadar suam-suam sahaja. Memberi makanan kepada bayi tidak terlalu banyak dalam satu masa sebaliknya memberi secara sedikit demi sedikit. Perkara ini penting bagi membenarkan bayi belajar menelan dan menggunakan sudu dan bukan dengan botol.

#4# Bersabar
Para ibu perlu meningkatkan kesabaran dalam memberi anak makan buat pertama kali. Mungkin kerana bayi/anak anda belum biasa dengan sesuatu makanan itu. Penting untuk tidak memaksa bayi anda dan secara perlahan-lahan mereka akan mula menerimanya.

#5# Kebersihan
Kebersihan menjadi faktor penting dalam memberi makan kepada bayi. Pastikan peralatan dan bahan yang digunakan bersih daripada sebarang kekotoran. Bayi berisiko untuk mendapat sesuatu penyakit kerana sistem imun tubuh masih berkembang. Selain itu, perkara ini perlu dititikberatkan agar bayi tidak berasa serik untuk makan.

#6# Bayi betul-betul lapar
Waktu yang paling sesuai untuk memberi bayi makan ialah ketika dalam keadaan yang betul-betul lapar iaitu pada waktu selepas bangun tidur pada waktu pagi mungkin di antara 10-11 pagi.Beri sedikit susu kepada bayi untuk mengelakkan bayi terkejut sebelum memberi makan.


sumber: Panduan pemakanan anak sihat & pintar (Koleksi Pa&Ma)         


You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram