Masalah Kesuburan bagi pasangan muda

Tuesday, October 15, 2013

Assalamualaikum
Entri kali ini nak sentuh tentang kesuburan pasangan baru berkahwin. Dewasa ini, sudah menjadi trend bagi pasangan baru mengamalkan PJJ atau perkahwinan jarak jauh. Alasan kebanyakan PJJ ialah atas tuntutan kerja kadangkala menyukarkan pertukaran tempat kerja berlaku.

Bagi pasangan yang baru berkahwin yang melakukan hubungan secara kerap dan tidak mengamalkan perancangan kehamilan, 85% pasangan ini akan hamil manakala 15% lagi akan hamil setelah 2 tahun mencuba.

Namun, sesetengah pasangan menggunakan alasan takdir, belum rezeki lagi dan sebagainya tika ditanya persoalan cahayamata. Betul kita tidak tahu takdir kita melainkan kita telah berusaha dan berikhtiar di samping berdoa serta tawakal. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui dan sebaik-baik perancangan adalah dariNya.

Seseorang wanita itu dikatakan mengalami masalah kesuburan dan harus merujuk kepada pakar apabila :
-->>berumur bawah 35 tahun dan tidak hamil setelah 12 bulan berkahwin tanpa 
        menggunakan alat pencegah kehamilan
 -->>berumur lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah 6 bulan berkahwin tanpa menggunakan
        alat pencegah kehamilan

Semakin meningkat usia seseorang wanita itu, semakin menurun tahap kesuburan mereka.
Semakin lama mereka bertangguh, semakin sukar rawatan yang hendak dilakukan.

Kehamilan memerlukan percantuman sperma dan ovum untuk menghasilkan embrio yang akan berkembang mengikut peringkat-peringkatnya. Dalam kes kesuburan, pasangan suami isteri yang terlibat hendaklah sepakat untuk mencari ikhtiar bagi merawat masalah mereka dan bukan hanya sebelah pihak sahaja. Sokongan pasangan memainkan peranan penting dalam hal-hal sebegini.

Rujuk kepada pakar untuk berbincang masalah yang dihadapi serta kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan.Seandainya telah berusaha menjalani rawatan iringkan dengan doa, banyakkan beristighfar dan bersedekah. Setiap yang Allah ciptakan dan tentukan pasti ada HIKMAH yang perlu kita cari dan syukuri.

Sumber





You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram