Cara Memulihkan Komunikasi Suami Isteri Yang Hambar

Sunday, October 06, 2013


Panduan untuk memperbaiki komunikasi dan interaksi di antara suami dan isteri:
  • Elakkan daripada menggunakan perkataan yang meleret – sesetengah isteri suka menceritakan perkara secara meleret iaitu terus kepada isi penting sahaja. Suami akan merasa bosan jika isteri terus meleret tapi pastikan yang perbualan tersebut menjadi rancak dan tidak membosankan. Dalam erti kata lain, pastikan komunikasi anda dapat hidupkan suasana bahagia dalam rumah tangga.
  • Pilih masa yang sesuai untuk berbincang – pastikan anda masa cari masa yang sesuai di mana kedua belah pihak berada dalam keadaan stabil dan tidak beremosi. Jika keadaan pasangan anda atau anda sendiri masih beremosi, ia hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih tegang. Oleh itu, anda harus bijak mencari waktu yang sesuai dan boleh berbincangan dalam keadaan yang tenang.
  • Elakkan daripada suka berleter – jangan suka berleter memanjang kerana ia akan membuatkan pasangan semakin rimas dan bosan. Kadang-kadang ia juga boleh mewujudkna perasaan marah di hati pasangan masing. Gunakan nada lembut dan berhemah adalah lebih dalam komunikasi.
  • Tarik perhatian pasangan – anda boleh mencuba tarik perhatian pasangan melalui cara tersendiri seperti membuatkan dia rasa “Surprise” atau anda juga boleh meluahkan kata-kata romantis padanya.
  • Wujudkan suasana riang – cuba untuk bergurau senda kembali dengan pasangan masing – masing. Kemudian, barulah memperkatakan sesuatu yang serius tetapi dalam suasana yang tidak tegang. Gurau senda antara pasangan merupakan cara yang terbaik dalam mengeratkan hubungan masing-masing.

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram