Si kecil demam

Friday, September 06, 2013

Petua : Bila Si Kecil Selsema dan Demam Panas

Kasihan kan?

Apabila si kecil sakit, dia tidak punyai “bahasa” komunikasi yang mampu kita fahami dengan jelas kecuali bahasa tangisan dan rengetan yang menyentuh hati. Apa tidaknya, lelahan air matanya dan esakannya pastikan mengganggu jiwa si ayah dan si ibu daripada diam tidak berbuat apa-apa.

Serba sedikit petua, apabila si comel anda terkena demam panas :
Sebelum itu, apa tanda anak kita demam atau tidak?

Tips ini boleh membantu :
Suhu badan yang normal ialah 36.7 C. Justeru, gunakan thermometer yang boleh didapati di kedai farmasi. Sebaik-baiknya, setiap famili ada thermometer ini. Sama ada, jenis letak di dahi, di mulut, atau ditelinga. Terpulang kepada bajet dan kemampuan.




Termometer - alatan sukat suhu badan
Jika tiada? ( Bagus soalan ini)
Letakan belakang tapak tangan di dahi anak anda. 5 saat. Jika rasa panas, tanda dia demam.Mudah bukan?.^^


PETUA APABILA SI COMEL ANDA DEMAM PANAS
(1) Sebagai ibu bapa, tenangkan hati. Banyakan istighfar. Ingatlah bahawa, musibah yang terkena pada anak bukannya untuk menguji si anak itu, tetapi ia adalah ujian dan dugaan untuk ibu bapa.
(2) Tenangkan hati, rileks dan jangan dikuasai emosi. Suami isteri perlu saling bantu-membantu dan bahu-membahu. Bukakan pakaian anak kita dan gunakan kain yang direndam dalam air untuk dilapkan ke bahagian muka, tangan, leher, badan, ketiak dan kaki. Selimutkan badannya. Pastikan suhu bilik berada dalam keadaan sederhana, jangan terlalu panas dan usah terlalu sejuk. Elakkan kipas yang kelajuannya 130 kilometer sejam dan aircond di bawah paras beku!
(3) Sambil-sambil itu berikan anak kita minuman air masak sekerap yang boleh, tujuaannya untuk mengelakan dehidrasi. Masa ini, kita akan lihat anak kita yang sebelum ini aktif, akan pasif. Memang syahdu la masa ini. Kalau silap gaya, boleh menitiskan air mata.
(4) Berikan ubat yang disarankan dan dibenarkan oleh doktor. Dapatkan rawatan sesegera mungkin jika anda dapati : - bintik-bintik dalam mulut, muntah-muntah yang kerap, cirit-birit, ruam pada badan dan anak alami kekejangan otot.
(5) Pantau keadaan anak secara berkala, pastikan ubat dan air masak diulang beri agar usaha untuk merawat itu ada. Ikhtiar itu penting dan dalam masa yang sama jadikan ia stesen muhasabah buat diri.
(6) Oh ya, satu lagi boleh berikan alat menyejuk suhu badan bayi kita. Coolfever khusus untuk bayi, boleh dibeli di mana-mana kedai runcit, farmasi dan supermarket – ia memang mudah diperolehi.


Bagaimana pula dengan selsema?

PETUA APABILA SI COMEL ANDA SELSEMA

Apabila demam, kita boleh lihat anak kita pasif dan merenget sahaja tetapi apabila selsema – lebih kasihan lagi! Dia tidak selesa, hingus yang meleleh dari hidung, nafas yang berbunyi dan pendek kata nampak “kesengsaraan” pada dirinya lebih-lebih lagi waktu tidur malam. Si kecil tiada kemahiran untuk hembus dan buang hingusannya.

Justeru, apa yang sewajarnya kita buat?

(1) Pastikan anak-anak kita mandi seperti biasa, terutama jika umur di bawah 6 bulan. Tujuannya untuk pastikan suhu badan tidak meningkat.
(2) Cara moden biasanya untuk hilangkan selsema dengan makan ubat yang disyorkan oleh doktor. Nanti akan timbul kekangan, apabila anak meragam tidak mahu makan ubat. Justeru, harapannya kesabaran kita tertingkat dalam usaha memberikannya makan ubat.




Kenali alat yang pastinya diketahui oleh kebanyakan ibu bapa.


(3) Selain itu, kita boleh gunakan alat penyebut hingus bayi (rujuk gambar diatas). Banyak dijual di kedai dan farmasi. Mudah guna jika anak masih kecil, tetapi kalau dah besar pastinya dia akan mengelak. Kesabaran akan teruji lagi. Ganjaran pahala menanti lagi.



Anda kenal ini apa? Inilah kunyit. Kunyit Hidup!


(4) Cara tradisionalnya – gunakan kunyit hidup. Langkahnya, bersihkan kunyit hidup dan asahkan kunyit itu untuk ambil hasil asahan kunyit dan disapukan ke hidung bayi kita. Mujarab dengan izin Allah SWT, selsema boleh hilang. InsyaAllah.
Itulah serba sedikit petua, tips dan kaedah yang saya cedok daripada pengalaman orang tua, kawan-kawan, saranan doktor dan “tanya” pak Google. Semoga bermanfaat.
-----------------------
BroHamzah
Membelek-belek buku “Prophetic parenting - Cara Nabi Mendidik Anak” karya Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Teruja! Buku ini begitu hidup. (Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi menghadiahkannya kepada kami)
Petikan mutiara kata di dalamnya :
“ Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kalian disibukkan oleh berbagai kesibukan. Sebab, semakin pandai akal orang dewasa, maka hatinya pun juga semakin sibuk.”

Doa Demam Panas

Doa-Demam-Panas

Doa Demam Panas

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”
(sahih al-Bukhari, no. 3023)
Dalam dunia perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.
Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;
“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”.
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.
(HR. Muslim no. 2575).
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.
(HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”.
(HR. Muslim no. 2573).
“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”.
(HR. Muslim no. 2572).
Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
(HR. Bukhari no. 5678).
Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”.
(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).
Disebalik derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang diperolehinya itu. Ini kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya.
Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T.
Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..

cahayapurnama

Dengan Shaklee:

1. Jika selalu selesema, boleh cuba berikan Mealshake pada anak berusia 2 tahun ke atas..tak perlu hari2 pon..3-4 kali seminggu dah memadai..campur je dlm susu, satu sudu kecil..sedap sbb Mealshake ni perasa vanila dan sgt wangi..didatangkan dalam bentuk serbuk, lengkap dengan kandungan multivitamin dan protein..jadi senang lah nak bagi :). Ini testimoni dari salah seorang customer Shaklee yang mengambil Mealshake untuk anaknya..credit to Tuty


Puan Zana :
Beliau memang berpuas hati sebab anaknya yang sulung selalu akan selesema di pagi hari dan sejak mengambil Meal Shakes, selesemanya hilang dan paling seronok kerana antibodi anaknya semakin meningkat. Sepupunya kena demam campak tapi Puan Zana gembira kerana anaknya tidak dijangkiti. Beliau bercadang untuk membeli lagi selepas stok habis.

2.Untuk bayi/ anak2 yang masih breastfeed, susu ibu adalah penawar terbaik dengan syarat ibunya mengambil makanan yang bersesuaian dan berkhasiat lah..contohnya, jika anak demam/selsema/batuk, ibu boleh ambil 2 biji vitamin C dan dipatahkan dua (satu tablet mengandungi 500mg Vitamin C, setiap 100mg akan dibebaskan setiap 1 jam..tapi bila sakit, badan memerlukan lebih vitamin C, jadi patahkan agar 500mg tersebut boleh diserap sekaligus dengan cepat untuk pertahanan badan dari penyakit)


3.Bagi anak2 yang demam, boleh menggunakan basic H..tuam anak2 guna air campuran basic H. kenapa? Sbb Basic H ni dapat serap haba 3 kali ganda berbanding air biasa. Saya nak share satu testimoni.
Alhamdulilah, Ness dgn Aiman sehat. Lepas swimming haritu Aiman terus naik panas dan selesema. Tapi Ness gunakan tip-tip yg akak gitau hari tu, mandikan 3 kali dgn Basic H, pastu bangun malam untuk gosok belakang, and then spray Basic H kat kepala utk kurangkan panas. Alhamdulilah, 2 hari buat Aiman dah kembali sehat.

Amazed jugak kak sebab selalunya kalau dia selesema berlarutan, paksa ambik nasal drops dan ubat selesema, tapi kali ni tak perlu. Pastu ness share lah dgn kawan-kawan yg lain, tapi mcm, ye lah, tengok bnyk keje,kena mandikan, kena bangun malam tu yg tak appealing.

PILIHAN DI TANGAN ANDA...PILIH DENGAN BIJAK...PILIH SHAKLEE!!

Berminat untuk mencuba vitamin shaklee? Mengalami kekangan kewangan? pertanyaan/konsultasi
, boleh berhubung melalui:
email: nash_gal@yahoo.com
SMS/WhatsApp:019-7399253/014-2069522
FB: Ibusrikandi

You Might Also Like

0 comments

Apa Kata Anda

Instagram